Wednesday, 22 July 2015

KEPERCAYAAN

Assalamualaikum...

Selagi kita bergelar manusia yang masih bernyawa, kita perlu bersyukur kerana Allah masih lagi beri kita peluang untuk bertaubat. Namun, masih ramai yang leka, lalai serta alpa akan kemewahan yang mereka miliki.

Manusia? memang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Biasalah apa yang terjadi susah untuk kita semua ambil iktibar sebagai pengajaran. malah dinilai, bermacam-macam komen yang terkeluar dari mulut.

Apa yang daku ingin kongsikan kali ini ialah mengenai sebuah kepercayaan.

KEPERCAYAAN

Baiklah, sebuah kepercayaan adalah sesuatu yang sangat berharga. Namun bergantung pada sesuatu situasi yang sedang berlaku, sama ada kepercayaan untuk perkara yang baik atau sebaliknya.

Aku pernah sayangkan seorang insan yang bergelar lelaki. Namun kepercayaan aku hilang serta merta terhadapnya hanya kerana insan tersebut telah menipu diriku.

Kepercayaan yang aku letakkan disia-siakan begitu sahaja. Tiada kata maaf, tiada lagi perasaan sayang itu akan timbul kerana hati aku terluka bukan kali pertama dibuatnya.

Aku pernah bagi peluang kedua dan ketiga bagi meletakkan kepercayaan terhadapnya kerana perasaan sayang yang tebal terhadapnya. Tapi aku begitu mudah sekali mempercayai insan yang bergelar lelaki. Hatiku mati buat kali pertama untuk bercinta dan hatiku mati untuk menyayangi lelaki.

Wallahualam~