Monday, 2 December 2013
kehidupan
Assalamualaikum •_•
kesetiaan kepada Allah. Patuh kepada kedua ibu bapa. Nak dahulukan yang mana?
Pastilah solat fardhu, kemudian barulah patuh arahan ibu, ibu, ibu dan barulah ayah. Selagi mana tidak melanggar syariat agama Islam atau tidak langgar larangan Allah. Buat baik itu boleh tetapi anda haruslah berpada-pada.. Malah, jangan sesekali anda lakukan kejahatan walaupun dimata anda kesalahan itu sangat kecil. Namun, dimata orang lain ianya kesalahan yang besar tanpa anda duga. ITULAH NAMANYA KEHIDUPAN!
sayangilah ibu bapa anda, hargailah mereka selagi mereka masih lagi bernafas. Mereka lebih sukakan perhatian daripada anak-anak mereka. Kaya macam mana pun anda, tetapi jika hidup anda tidak dapat kasih sayang, pasti hidup anda terasa kosong. Bak kata orang, DUIT TAK BOLEH BELI KASIH SAYANG.
Saya harap anda faham.
Setelah selesai menunaikan solat Subuh, jangan lupa untuk membaca surah al-Waqi'ah.
Setelah selesai menunaikan solat isya' jangan lupa untuk membaca surah al-Mulk.
AMALKANLAH...
diri sendiri
Assalamualaikum ^_^
Bila hati dah terpaut pasti ianya susah untuk dileraikan. Mungkin juga ikatan itu sudah terlalu kuat. Tetapi apalagi yang harus dilakukan jika kasih selama ini hanyalah sekadar satu pembohongan. Perasaan yang sangat sakit dan ianya pasti sukar untuk diubati. Kasih suci yang abdi hanyalah ada pada Allah. Mungkin ianya sukar untuk ditempuhi, tetapi ianya harus dilalui juga kerana itulah dugaan yang Allah turunkan untuk menguji tahap keimanan seseorang itu terhadap dugaan musibah yang Allah turunkan kepada kita semua.
Walau apa cara sekalipun suani anda melayan anda, anda perlulah patuh padanya, kerana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Melainkan arahan yang anda perlu ikutkan itu bercanggah dengan agama Islam..anda tidak perlu turuti arahannya itu.
Seorang suani pula perlulah memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri selagi berkemampuan. Jika isteri kamu seorang anak yatim atau anak yatim piatu, janganlah pernah sesekali anda menyakitinya , jangan pernah memakan harta miliknya. Ta'atlah pada perintah Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)